Brands
 
Shopping Cart
0 items
 

Outlet Business Hour

Mon - Thurs :
10.00am-6.00pm

Friday : Closed

Sat- Sun :
10.00am-6.00pm



 

Chat with Us

 

 

Rahsia Cinta Segi Tiga Muhammad

Rahsia Cinta Segi Tiga Muhammad
Click to enlarge
Price: RM12.90
Availability: In Stock
Model: 9789675564079
Manufacturer: PTS Islamic
Average Rating: Not Rated


Share This

 

Nabi Muhammad itu rahmat. Rahmat untuk seluruh alam. Muhammad datang dan dunia menjadi bercahaya kerananya.

Apabila kita baca sejarah, apabila kita lihat kisah, kita menjadi lebih tahu perihal nabi. Terpenting, kita lebih tahu perihal cinta-cintanya. Cinta-cintanya yang agung.

Namun semuanya begitu tinggi, begitu mulia, sehingga kita tertanya-tanya: Mampukah kita menjadi sebaik rasul?

Usah risau, usah bimbang. Ini kerana budayawan besar Indonesia, Emha Ainun Najib pernah berpesan,

"Penting untuk kita melihat Muhammad sebagai manusia. Muhammad tidak menjadi nabi tiba-tiba tetapi beliau melalui satu proses yang ditempuh dengan perjuangan. Beliau berjuang menjadi manusia yang jujur, tekun, bersih dan bekerja keras sehingga digelar al-Amin..."

Rahsia Cinta Segi Tiga Rasulullah berbicara perihal nabi. Ia membawa kita menelusuri sejarah kasih nabi. Daripada aspek kepimpinan Nabi Muhammad kepada hidupnya sebagai manusia biasa. Daripada dakwahnya sesama manusia kepada perjalanannya bertemu Tuhan di langit. Daripada keteguhan, keberanian dan kehebatannya dalam perjuangan dan hijrah, kepada kelembutan, kesabaran dan keterbukaannya dengan keluarga, teman bahkan lawan.

Inilah kisah kasih yang menyeluruh, melangit dan membumi.

Kita dibawa mengenali nabi daripada kata-katanya sendiri. Kita dibawa mengenali nabi daripada ahli keluarganya yang mulia. Kita dibawa mengenali nabi daripada sahabat-sahabatnya yang mencintai dan dicintai.

Akhirnya, kita sedar. Nabi itu bukan idola. Beliaulah manusia yang sememangnya menjadi teladan semua.

Write Review
Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:

There are no additional images for this product.