icon-search
icon-search
  • hebatnya hari jumaat.jpg

Hebatnya Hari Jumaat

RM 22.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Description

Buku Hebatnya Hari Jumaat ini diterbitkan untuk umat Islam menyingkap tentang kelebihan, larangan dan amalan yang berkaitan dengan hari Jumaat. Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Ia menjadi hari eksklusif bagi seorang hamba menghadap Penciptanya. Allah SWT menganugerahkan hari Jumaat ini agar mereka dapat merebut peluang dan ganjaran besar yang disediakan demi mencapai keredaan-Nya. Seterusnya memperoleh kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat.
Pada setiap hari Jumaat, umat Islam bukan sahaja dapat memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT malah dianjurkan banyak beristighfar kepada-Nya daripada segala dosa yang mereka lakukan. Begitu juga dengan semua makhluk Allah termasuk malaikat turut memohon ampun dan belas kasihan kepada Allah SWT. Semoga dengan buku ini dapat memberi impak yang besar kepada umat Islam dalam mempertingkatkan ibadah kepada Allah SWT sebagaimana kelebihan dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh-Nya kepada umat Nabi Muhammad SAW demi mencapai mahligai syurga yang kekal abadi.

Author

Ahmad Zaidi Adam

Publisher

PSN Publications

Customer comments

Author/Date Rating Comment
Your cart is currently empty.
Continue shopping