icon-search
icon-search
  • 1474467005_916428_z

Hikmah & Fadhilat Haji Umrah & Ziarah

RM 20.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Description

Kerinduan menyahut lambaian Ka'bah menggamit setiap relung hati insan yang beriman. Gema takbir dan talbiah menghiasi seluruh alam buana, melimpah hikmah dan keagungan asma, menjalar setiap denyut nadi insan yang mendambakan kemesraan kekasih. Jiwa dan raga dipenuhi harapan limpahan kurnia dan redha ilahi dalam menjalin kehangatan makrifat. Semangat yang membara menepis segala rintangan dalam memenuhi panggilan Allah.
 
Tawaduk dan istiqamah membekalkan rasa cemas dan gementar bila menghadirkan diri di depan pintu raja yang agung dalam memenuhi panggilanNya. Harapan ingin memperolehi haji yang mabrur bercampur dengan kebimbangan kerana kesedaran tentang kedaifan diri sendiri. Sesungguhnya keindahan dan kebaikan memperolehi haji yang mabrur itu hanya syurga sebagai ganjarannya. Dengan mempersiapkan bekal yang halal, ilmu dan taqwa maka umat Islam akan menikmati kesempurnaan ibadah haji, umrah dan ziarah.
 
Semoga buku ini memberikan sumbangan terhadap umat Islam dalam mempersiapkan diri memenuhi panggilan ke tanah suci, insya Allah.

Author

M Muhammad Zakariyya

Publisher

Pustaka Darul Nu'man
 
 

Customer comments

Author/Date Rating Comment
Your cart is currently empty.
Continue shopping