icon-search
icon-search

14 Amalan Penyebab Jatuh Miskin

14 Amalan Penyebab Jatuh Miskin

Kami kongsikan 14 amalan yang menyebabkan kita Jatuh Miskin.

1. Tidak solat 5 waktu atau tidak cukup 5 waktu

Solat adalah tiang agama. Individu yang tidak solat atau tidak menjaga solat dengan baik sememangnya menjadi penyebab dirinya sebagai penghalang rezeki.

2. Terburu-buru keluar dari masjid selepas solat subuh atau lepas solat subuh terus tidur

Sebaik-baiknya selepas solat Subuh eloklah kita sambung dengan berwirid dan berdoa. Tidur selapas solat Subuh amatlah tidak digalakkan kerana sesungguhnya waktu pagi itu adalah waktu turunnya rezeki. 

3. Tidak membersihkan sawang yang melekat dalam rumah

Sawang atau sarang labah-labah ini adalah lambang kepada kemiskinan. Serangga labah-labah itu tidak boleh dibunuh tetapi sarangnya yang melekat dalam kawasan rumah kita mestilah dibersihkan segera. Ingat tak dulu-dulu orang-orang tua mesti suruh bersihkan sawang?

4. Suka mengelap muka yang basah dengan baju yang sedang dipakai

Yang ini juga sering menjadi amalan yang kadang-kadang kita terbuat. Selalu bila sambil-sambil buat kerja, muka kita berpeluh-peluh bukan, dan terus saja kita tarik baju yang sedang kita pakai untuk lap peluh tu. Betul tak? Atau pun kita guna lengan untuk lap muka. Dan wanita pula kadang-kadang tudung kita jadi kain lap muka. Ataupun masa menangis, kita guna hujung lengan buat kain lap air mata.. aduh! Ini adalah amalan yang kita sendiri tak sengaja atau sengaja buat. Dan termasuk juga kanak-kanak kecil yang berhingus di hidung, kita tarik baju budak tu terus lap hidung dia. Ops! Ini tak boleh ye..

5. Makan dan minum dalam keadaan berjunub

Jeng jeng jeng! Ini pun tak elok diamalkan ye. Salah satu penyebab penyekat rezeki. Suami isteri yang dalam keadaan berjunub tu eloklah mandi wajib dulu ye. Lagipun tak elok lama-lama dalam keadaan berhadas.

6. Isteri yang suka mencaci atau memarahi suami

Haa... para isteri.. suami itu lubuk syurga kita. Jangan lah dimaki-maki atau suka marah-marah suami anda. Penyekat rezeki tau. Marilah kita saling berdamai dan menjalani rumahtangga yang aman sentosa.

7. Berdiri telanjang tanpa menutup aurat

Aduh, yang ini lagi dahsyat. Ye walaupun dalam rumah anda tiada orang. Tidak boleh ye bertelanjang bulat. Malaikat pun lari. Macam mana rezeki nak masuk. Ye tak? Kalau lepas mandi tu cepat-cepatlah pakai kain tuala.

8. Tidur dalam keadaan telanjang

Yang ini pun sama. Jangan diamalkan ye. Malaikat tak suka.

9. Suka melakukan perbuatan maksiat dan dosa

Maksiat dan suka melakukan dosa memang terbukti menjadi penghalang rezeki. Segeralah bertaubat dan kembali ke jalan Allah.

10. Suka menyapu sampah pada waktu malam

Ha ha jangan terlebih rajin ye.. malam-malam tidak elok menyapu dalam rumah. Habis tu anak makan bersepah takkan tak boleh sapu? Boleh, bersihkan kawasan yang terlibat saja. Nanti esok siang kalau menyapu satu rumah dipersilakan   

11. Terlalu banyak tidur

Orang kata banyak tidur ni latihan nak jadi jenazah. Ye ke?   

12. Suka duduk di pintu rumah

Zaman dulu-dulu orang suka duduk-duduk kat tangga pintu rumah cari kutu. Zaman sekarang ni ada orang suka berdiri sambil menyandar depan pintu sambil borak-borak dengan orang lalu-lalang. Haa.. ni tak boleh tau. Boleh menyebabkan rezeki susah nak masuk.

13. Memakai sikat yang rosak giginya

Menggunakan sikat yang giginya patah juga tidak elok diamalkan. Kalau tengok sikat yang giginya patah atau rosak, segeralah buang. Ganti yang baru ye.

14. Membiarkan pinggan mangkuk yang kotor  dalam singki pada malam hari

Ye kadang-kadang dah malam, kita penat nak cuci pinggang mangkuk dan periuk belanga tu. Dah la penat masak. Hmm.. tau tak jin suka jilat saki baki makanan? Haa.. baik cuci siap-siap sebelum tidur. Tak kemas lagi takpe. Tapi yang penting semuanya mesti dibasuh bersih. Kalau isteri dah tak larat tu, encik suami tolong-tolong la ye...   

Itu lah dia senarai 14 penyebab jatuh miskin. Ilmu ini kami rumuskan daripada ceramah oleh Ustaz Fawwaz Mad Jan. Semoga menjadi manfaat buat anda dan keluarga anda. Insya Allah

Tekan butang share dan sebarkan kepada rakan-rakan anda. Jumpa lagi   




Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping