icon-search
icon-search

Tudung Umrah: Tips dan Panduan

Tudung Umrah: Tips dan Panduan

Assalamualaikum semua   

Bertemu kita sekali lagi hari ini. Kali ini kami akan kongsikan kepada anda mengenai Tudung Umrah.

Apakah itu Tudung Umrah?

Tudung umrah adalah tudung jenis sarung yang digunakan oleh jemaah wanita ketika mengerjakan umrah atau haji. Tudung umrah ini selalunya sesuai dipakai ketika jemaah melakukan ziarah ke tempat-tempat lawatan, sewaktu ke masjid dan ianya juga sesuai dipakai ketika dalam ihram.

Apakah ciri-ciri Tudung Umrah?

Tudung Umrah yang baik dan sesuai perlu memenuhi kriteria-kriteria di bawah:

  • Awning yang lembut
    • Awning yang lembut membolehkan tudung umrah dipakai ketika melakukan solat. Sekiranya awning keras, si pemakai mungkin akan mengalami kesukaran ketika sujud.
  • Menutup dagu
    • Dagu adalah sebahagian daripada aurat wanita. 
  • Material yang sesuai
    • Material tudung umrah mestilah selesa, tidak jarang, tidak panas serta tidak melekat pada badan. Material juga tidak boleh terlalu ringan kerana jika ianya ringan, tudung mudah tersingkap ketika beribadah. Yang paling penting sekali ianya haruslah ironless! Mudah untuk dibawa ketika travel.
  • Tudung yang labuh
    • Tudung umrah mestilah labuh di depan dan belakang. Sekiranya tudung pendek, ianya tidak lagi sesuai untuk dipakai ketika solat.

Tudung umrahTudung Umrah Wafiqa

Warna apa yang boleh digunakan?

Bercakap tentang warna pilihan, kami seringkali mendapat pertanyaan dari para pelanggan mengenai warna yang boleh dipakai ketika mengerjakan haji atau umrah. Terutamanya ketika dalam ihram.

Sebenarnya tiada nas yang khusus berkenaan kemestian memakai warna putih semasa ihram. Para ulama fiqah mengambil dalil sabdaan Nabi s.a.w:

"Pakailah daripada pakaian yang putih warnanya kerana ia adalah sebaik-baik warna untuk dipakai, dan kafanlah mereka yang mati di kalangan kamu dengannya" [Tirmizi, Abu Dawud dan Ibnu Majah]

Warna pakaian ihram yang khusus tidaklah diwajibkan berwarna putih. Bagi muhrim Muslimah tiada disyaratkan warna yang khusus asalkan ianya menutup aurat yang sempurna, longgar serta menjauhi tabarruj.

Oleh itu, untuk tudung umrah, para jemaah wanita boleh memilih warna apa sahaja asalkan ianya tidak terlalu menonjol sehingga menyebabkan tabarruj. 

Selain dari warna hitam dan putih yang menjadi kegemaran ramai, anda boleh memilih warna-warna lembut dan earth colour. Warna-warna seperti ini bukan sahaja cantik malah ia juga boleh dikategorikan sebagai warna-warna yang selamat. 

Bolehkah Tudung Umrah dipakai semasa ihram?

Ini juga persoalan yang selalu diajukan kepada kami. Jawapannya ialah Ya, boleh.    

Sebenarnya anda tidak wajib memakai telekung ketika ihram. Tudung umrah juga boleh menggantikan dan berfungsi seperti telekung anda. Sebab itulah tudung umrah mesti memenuhi kriteria-kriteria yang kami bincangkan tadi. 

Malah, tudung umrah sebenarnya lebih selesa digunakan ketika ihram berbanding pemakaian telekung yang lebih labuh dan berat. Tudung umrah akan memudahkan lagi pergerakan anda ketika menunaikan umrah atau haji. Namun begitu ada juga para jemaah yang masih lagi suka dengan pemilihan telekung. 

Jadi, ianya terpulang kepada diri anda sendiri untuk memilih yang mana satu.

Bila waktu yang sesuai untuk memakai Tudung Umrah?

Tudung umrah sesuai dipakai ketika keadaan-keadaan berikut:

  • Digunakan sebagai sebahagian pakaian ihram. Ini bermakna ianya digunakan semasa dalam ihram
  • Semasa melakukan ziarah ke tempat-tempat lawatan di sekitar Mekah dan Madinah
  • Dipakai ketika ke masjid untuk beribadah
  • Semasa melakukan aktiviti riadah selain ke masjid.

Pendek kata, Insya Allah tudung umrah amat sesuai dipakai dalam pelbagai aktiviti anda semasa berada di Tanah Haram.

Berapa helai Tudung Umrah yang perlu dibawa untuk umrah atau haji?

Untuk berapa kuantiti tudung umrah untuk di bawa adalah bergantung kepada berapa hari anda akan mengerjakan umrah atau haji. Sekiranya anda tinggal lebih lama, bawalah tudung dengan lebih banyak.

Bagi jemaah haji, kami cadangkan untuk anda bawa tudung umrah sebanyak 5 helai. Untuk jemaah umrah pula, kami cadangkan anda untuk membawa tudung umrah paling minimum ialah 3 helai. Dan paling banyak pula ialah 5 helai. 

Seperti yang kita ketahui, selalunya jemaah akan mencuci pakaian sendiri ketika waktu haji atau umrah. Sekiranya anda rasa agak malas untuk membasuh atau khuatir basuhan lambat kering, anda bolehlah menggunakan khidmat dobi di sekitar kota Mekah atau Madinah. Kadang-kadang Mutawwif anda juga ada menyediakan khidmat mencuci pakaian ini. Insya Allah mudah.   

Kenapa mesti pilih Tudung Umrah yang Ironless?

Ini adalah persoalan yang amat baik. Seperti yang telah kita bincangkan tadi, di antara ciri-ciri tudung umrah yang bagus ialah ironless. Kenapa pula mesti ironless? 

Ini adalah kerana, material yang perlu di seterika ini akan memudahkan anda untuk bersiap dengan lebih pantas. 

Cuba anda bayangkan sekiranya anda membawa tudung jenis material seperti chiffon, como crepe dan sebagainya. Anda simpan dalam beg. Beg anda disimpan dalam kargo pesawat. Dihenyak-henyak dengan beg-beg para penumpang yang lain. Sampai sahaja di Tanah Haram, di hotel, anda buka beg. Dan anda dapati tudung anda renyuk teruk. Anda rasa anda ada masakah untuk menyeterika? Nak kena panggil pula housekeeping untuk hantarkan seterika. Ambil masa lagi pula untuk anda menyeterika. Bukankah banyak masa terbuang di situ. Silap-silap anda ditinggalkan oleh kumpulan anda pula. 

Oleh sebab itu, anda perlu pilih tudung umrah yang ironless. Tudung Umrah Wafiqa yang dipasarkan oleh BinNurdin diperbuat daripada material cotton denim yang memang terbukti ironless. Anda keluarkan dari beg dan terus sarung sahaja di kepala. Mudah bukan   

Memang perlu ada ke Tudung Umrah. Kan dah ada telekung?

Kami jawab terus.. Ya kena ada.   

Ya betul, memang anda perlu bawa telekung untuk ke Tanah Suci. Akan tetapi, takkan pula anda hendak pakai telekung setiap masa? Sewaktu di tanah air juga anda tidak pakai telekung sepanjang masa bukan. Hehe..

Tudung Umrah ini adalah tudung untuk menggantikan tudung yang biasa anda pakai sewaktu di tanah air. Sekiranya anda memang biasa berpakaian tudung yang labuh dan longgar serta tudung tersebut menepati ciri-ciri yang kami bincangkan, anda boleh terus gunakan tudung anda. Namun, jika tudung anda tidak memenuhi kriteria ini, kami amat sarankan anda membawa tudung umrah. 

Waktu untuk menunaikan umrah atau haji adalah waktu untuk anda beribadah kepada Allah dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Ia adalah salah satu daripada rukun Islam. Kami percaya, tentu sekali anda mahu menutup aurat dengan sempurna dan kemas sewaktu beribadah bukan? 

Siapa tahu, selepas pulang ke tanah air, anda boleh istiqamah untuk terus bertudung labuh. Insya Allah.   


Sampai di sini sahaja dari kami untuk artikel kali ini. Diharapkan semoga ianya dapat memberi manafaat kepada anda dan para bakal jemaah Umrah atau Haji yang lain. 

Tekan butang Share di bawah. Jom kongsikan ilmu ini kepada kawan-kawan anda agar manafaat ini dapat disampaikan juga kepada mereka. Insya Allah.

Selamat beribadah!   



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping