icon-search
icon-search

5 Tempat Paling Mustajab untuk Berdoa dalam Masjidil Haram

5 Tempat Paling Mustajab untuk Berdoa dalam Masjidil Haram

Assalam kepada semua. Alhamdulillah kita berkesempatan lagi untuk bertemu dalam artikel kali ini. Seringkali, para jemaah bertanya di manakah tempat yang paling mustajab untuk berdoa ketika di Masjidil Haram. Sebenarnya, semua tempat dalam Tanah Haram adalah tempat yang mustajab untuk berdoa. Namun begitu, memang ada tempat-tempat yang paling mustajab berdoa yang telah dikurniakan oleh Allah swt kepada hamba-hambanya. 

Di sini kami senaraikan TOP 5 tempat-tempat yang paling mustajab berdoa:

  1. Multazam

    Multazam adalah tempat yang paling utama dan mustajab berdoa. Kawasan Multazam ni adalah jarak di antara Hajar Aswad dengan pintu Kaabah. Sekiranya anda berpeluang mendekati kawasan ini, jangan lepaskan peluang dan berdoalah sepuas-puasnya.

    Sebagaimana sabda Rasulullah saw:
    "Multazam adalah tempat dikabulkan doa. Tidak ada satu pun dia seorang hamba di Multazam kecuali akan dikabulkan" - HR Ahmad


  2. Hijir Ismail

    Hijir Ismail pula adalah tempat kedua menjadi pilihan selepas Multazam. Tempat ini juga jarang sekali tidak penuh. Kalau anda nak tahu, Hijir Ismail adalah termasuk sebahagian dari Kaabah. Sebab itulah kalau sedang tawaf, kita perlu berjalan di luar Hijir Ismail. Jika berkesempatan dan ada ruang, lakukan lah solat sunat di Hijir Ismail. Berdoalah sebanyak-banyak yang mungkin ketika berada di sini.


  3. Depan Pintu Kaabah

    Depan pintu Kaabah juga adalah antara tempat yang paling mustajab berdoa. Selalunya memang sangat sesak keadaan di depan pintu Kaabah. Banyak sekali manusia berasak-asak di kawasan ini. Jika diberi rezeki oleh Allah untuk anda berada di depan pintu Kaabah, jangan lepaskan peluang untuk berdoa dengan bersungguh-sungguh. Insya Allah doa anda akan dimakbulkan oleh Allah swt.


  4. Rukun Yamani

    Di Rukun Yamani dikatakan di sini Allah swt mewakilkan seramai 70 Malaikat untuk mengaminkan doa para jemaah.
    doa-antara-rukun-yamani-dan-hajar-aswad.jpg
  5. Belakang Maqam Ibrahim

    Di belakang Maqam Ibrahim adalah tempat kebiasaannya para jemaah melakukan solat sunat sebaik sahaja habis melaksanakan ibadah tawaf. Di sini juga adalah antara tempat paling mustajab berdoa. Maka perbanyakkanlah doa ketika anda berada di Maqam Ibrahim.


    Itulah dia tempat-tempat paling mustajab untuk berdoa ketika anda berada di Masjidil Haram. Semoga perkongsian kami ini dapat memberi manafaat kepada anda. Insya Allah.


Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping